Saturday, February 28, 2009

Kepelbagaian Budaya di Malaysia - Melayu

Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain. Meskipun masyarakat kita berbilang bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia boleh hidup bersatu padu dengan aman dan damai. Sudah 51 tahun kita merdeka daripada penjajahan kuasa asing dan masyarakat Malaysia terus berusaha memajukan negara.

Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara kita dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia. Kepelbagaian budaya ini wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina dan India ke Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Secara umumnya, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai pelombong di lombong bijih timah. Manakala golongan India berhijrah ke Tanah Melayu untuk tujuan bekerja sebagai peladang di ladang-ladang getah. Sebahagian kecil lagi penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk peribumi yang berasal dari Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara tetapi Bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas.

Kaum Melayu


Pakaian Tradisional

Kaum Melayu merangkumi sebahagian besar daripada penduduk di Malaysia, iaitu sebanyak 54% daripada penduduk Malaysia. Baju Melayu bersama songkok merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Baju ini biasanya dipakai bersama-sama samping dan songkok. Baju ini dipakai oleh umat Islam semasa waktu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya. Malah, baju Melayu juga dipakai semasa majlis pelantikan ahli-ahli majlis EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri, atau ahli-ahli Parlimen Rakyat tidak kira kaum mahupun jantina.

Bagi kaum wanita pula, baju kurung dan baju kebaya merupakan antara pakaian tradisional. Pakaian-pakaian ini biasanya bermotifkan flora dan geometri. Motif fauna tidak digunakan secara meluas kerana dilarang dalam ajaran Islam.

Perkahwinan

Dari segi adat perkahwinan pula, kaum Melayu memulakan proses perkahwinan dengan merisik. Ibu bapa seseorang lelaki akan memutuskan sama ada anak mereka cukup umur untuk berkahwin. Mereka akan menjalankan tugas mencari pasangan hidup bagi anak lelaki mereka. Namun, dalam era moden ini, kebanyakan ibu bapa membiarkan pilihan isteri kepada anak mereka. Antara sifat-sifat yang dikagumi oleh bakal mentua pada masa dahulu ialah kemahiran berumah tangga, seperti memasak dan menjahit.

Selepas itu, adat meminang pula dijalankan yang dijadikan tanda persetujuan antara kedua-dua buah pihak. Dalam masa ini, perundingan mengenai mas kahwin, tarikh perkahwinan dan sebagainya dibincangkan antara kedua-dua pihak. Semasa adat peminangan, pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin kepada pihak perempuan diiringi dengan hadiah-hadiah lain seperti pakaian, kasut, sarong, dan sebagainya.

Adat ini kemudiannya diikuti dengan istiadat menghantar belanja dan mas kahwin. Selain mas kahwin, cincin permata, buah-buahan, kuih-muih, sirih dan kain turut dihantar dari rumah lelaki ke rumah perempuan. Upacara akad nikah pun diadakan oleh imam untuk menikahkan pengantin lelaki dengan pengantin perempuan. Upacara berandam oleh mak andam serta berinai mendahului adat ini.

Akhir sekali, upacara bersanding akan dijalankan di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan diarak dari rumahnya ke rumah pengantin perempuan diiringi keluarganya dan bunga manggar. Ramai tetamu yang dijemput dan kedua-dua pengantin akan bersanding di pelamin. Air mawar akan dipercikkan pada mereka. Kebiasaannya, pertunjukan silat diadakan sebagai hiburan kepada para tetamu. Sebelum majlis bersurai, tetamu diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan.

Berikut merupakan rumusan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia.

Perayaan

Semua masyarakat Melayu beragama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, penganut Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan setiap tahun hijrah dalam bulan Ramadhan. Berpuasa merupakan suatu kewajipan kepada orang Islam untuk menahan diri daripada menipu, berkata buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh dengan orang lain. Ibadat puasa juga diamalkan bagi mengelakkan manusia daripada terpengaruh oleh hawa nafsu. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Pada padi Syawal pertama, anak-anak akan memohon maaf daripada ibu bapa mereka. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak dalam sampul duit yang selalunya berwarna hijau atau kuning Mereka akan bersembahyang di masjid sebelum melawat kubur arwah saudara mereka.

Salah satu lagi upacara yang diraikan oleh masyarakat Melayu ialah Hari Raya Korban atau dikenali sebagai Aidiladha. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.. Pada hari ini, umat Islam akan menyembelih lembu atau kambing bagi memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Masyarakat Melayu bukan sahaja meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, malah menyambut perayaan Islam yang lain seperti Maulidur Rasul, Awal Muharam, dan sebagainya. Hari-hari ini merupakan cuti peristiwa di Malaysia.

4 comments:

  1. Terima kasih. Entri anda sangat membantu.

    ReplyDelete

  2. saya IBU ENDANG/SURWANTO seorang TKI DI MALAYSIA
    pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
    sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
    gaji suami saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
    kebetulan suami saya buka-buka internet Dan mendapatkan
    nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu orang melunasi hutang
    melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
    hubungi dan minta angka bocoran hongkong
    angka yang di berikan waktu itu 4D 
    ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 269.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda tdk malu atau takut menghubungi MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari mbah AMIN.
    MBAH KASSENG
    NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

    ReplyDelete
  3. Jam Melawat Muzium Warisan Melayu UPM di Serdang Selangor https://sciencepark.upm.edu.my/edu_park/lokasi_edu_park/muzium_warisan_melayu-4392

    ReplyDelete