Monday, March 2, 2009

Kepelbagaian Budaya di Malaysia - Cina

Kaum Cina

Pakaian Tradisional

Samfu merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Cina manakala cheongsam merupakan pakaian tradisional bagi kaum perempuan. Biasanya, pakaian ini berwarna merah yang melambangkan tuah. Oleh sebab itu, masyarakat Cina amat suka pada warna merah.


Perkahwinan

Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya. Berikut merupakan rumusan perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia.


Perayaan

Lazimnya, masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina selama 15 hari. Pada malam Tahun Baru Cina, ahli-ahli keluarga akan berkumpul di meja makan untuk menjamu selera. Upacara ini dilakukan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli keluarga yang mungkin sudah lama tidak bertemu. Pada hari pertama Tahun Baru Cina, orang tua yang sudah berkahwin akan memberikan angpau kepada kanak-kanak. Buah limau juga diberi semasa melawat saudara-mara sebagai tanda mudah mendapat rezeki. Orang Cina tidak dibenarkan memakai baju berwarna gelap seperti hitam. Masyarakat Cina juga tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat kerana percaya akan ditimpa nasib buruk sepanjang tahun. Selain itu, masyarakat Cina tidak boleh menyapu lantai pada hari pertama kerana mempercayai bahawa tuah akan disapu keluar dari rumah. Pada hari ke-15, iaitu Cap Goh Mei, masyarakat Cina akan menjamu bersama-sama sekali lagi dengan ahli-ahli keluarga. Pada hari ini juga, perempuan muda yang tidak berkekasih akan membaling buah limau mandarin ke dalam sungai supaya mendapat jodoh yang sesuai kelak.

Selain itu, masyarakat Cina juga menyambut pesta tanglung setiap tahun.

Sunday, March 1, 2009

Kepelbagaian Budaya di Malaysia - India

Kaum India

Pakaian Tradisional

Pakaian tradisional kaum India pula lazimnya dhoti dan sari. Dhoti merupakan pakaian putih yang dipakai oleh kaum lelaki. Kaum wanita pula memakai sari, iaitu sehelai kain panjang yang dililit mengelilingi badannya.


Perkahwinan

Kad jemputan memainkan peranan yang sangat penting dalam perkahwinan masyarakat India. Sekiranya terdapat kesalahan pada kad jemputan, maka perkahwinan tidak akan berjalan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Seterusnya, penyediaan thaali dilakukan sebagai lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Selepas itu, upacara bersembahyang dilakukan. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin. Lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan, upacara Mukuurtta Kaal dilakukan. Sebatang pokok yang masih muda dan lurus ditebang untuk dijadikan mukuurtta kaal. Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

Semasa perkahwinan berlangsung, pelbagai upacara yang akan dijalankan. Upacara penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir hayat akan dilakukan oleh Pedanda. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Selepas itu, pengantin lelaki akan mengalungkan thaali. Antara adat-adat lain yang turut dijalankan semasa upacara perkahwinan termasuklah menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang.

Selepas upacara perkahwinan, pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan mengadakan jamuan.

Perayaan

Masyarakat India lazimnya meraikan perayaan Deepavali dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

(Dipetik daripada: ms.wikipedia.org/wiki/Deepavali)

Saturday, February 28, 2009

Kepelbagaian Budaya di Malaysia - Melayu

Malaysia merupakan sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina, India dan kaum-kaum peribumi yang lain. Meskipun masyarakat kita berbilang bangsa dan mempunyai latar belakang yang berbeza, namun masyarakat Malaysia boleh hidup bersatu padu dengan aman dan damai. Sudah 51 tahun kita merdeka daripada penjajahan kuasa asing dan masyarakat Malaysia terus berusaha memajukan negara.

Kepelbagaian budaya Malaysia yang merupakan aset penting kepada negara kita dalam menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan terkenal di seluruh dunia. Kepelbagaian budaya ini wujudnya daripada penghijrahan golongan Cina dan India ke Tanah Melayu semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Secara umumnya, orang Cina berhijrah ke Tanah Melayu untuk bekerja sebagai pelombong di lombong bijih timah. Manakala golongan India berhijrah ke Tanah Melayu untuk tujuan bekerja sebagai peladang di ladang-ladang getah. Sebahagian kecil lagi penduduk di Malaysia terdiri daripada penduduk peribumi yang berasal dari Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Semenanjung Malaysia. Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi negara tetapi Bahasa Inggeris turut digunakan secara meluas.

Kaum Melayu


Pakaian Tradisional

Kaum Melayu merangkumi sebahagian besar daripada penduduk di Malaysia, iaitu sebanyak 54% daripada penduduk Malaysia. Baju Melayu bersama songkok merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Melayu. Baju ini biasanya dipakai bersama-sama samping dan songkok. Baju ini dipakai oleh umat Islam semasa waktu perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan sebagainya. Malah, baju Melayu juga dipakai semasa majlis pelantikan ahli-ahli majlis EXCO, Ahli Dewan Undangan Negeri, atau ahli-ahli Parlimen Rakyat tidak kira kaum mahupun jantina.

Bagi kaum wanita pula, baju kurung dan baju kebaya merupakan antara pakaian tradisional. Pakaian-pakaian ini biasanya bermotifkan flora dan geometri. Motif fauna tidak digunakan secara meluas kerana dilarang dalam ajaran Islam.

Perkahwinan

Dari segi adat perkahwinan pula, kaum Melayu memulakan proses perkahwinan dengan merisik. Ibu bapa seseorang lelaki akan memutuskan sama ada anak mereka cukup umur untuk berkahwin. Mereka akan menjalankan tugas mencari pasangan hidup bagi anak lelaki mereka. Namun, dalam era moden ini, kebanyakan ibu bapa membiarkan pilihan isteri kepada anak mereka. Antara sifat-sifat yang dikagumi oleh bakal mentua pada masa dahulu ialah kemahiran berumah tangga, seperti memasak dan menjahit.

Selepas itu, adat meminang pula dijalankan yang dijadikan tanda persetujuan antara kedua-dua buah pihak. Dalam masa ini, perundingan mengenai mas kahwin, tarikh perkahwinan dan sebagainya dibincangkan antara kedua-dua pihak. Semasa adat peminangan, pihak lelaki akan memberikan sebentuk cincin kepada pihak perempuan diiringi dengan hadiah-hadiah lain seperti pakaian, kasut, sarong, dan sebagainya.

Adat ini kemudiannya diikuti dengan istiadat menghantar belanja dan mas kahwin. Selain mas kahwin, cincin permata, buah-buahan, kuih-muih, sirih dan kain turut dihantar dari rumah lelaki ke rumah perempuan. Upacara akad nikah pun diadakan oleh imam untuk menikahkan pengantin lelaki dengan pengantin perempuan. Upacara berandam oleh mak andam serta berinai mendahului adat ini.

Akhir sekali, upacara bersanding akan dijalankan di rumah pengantin perempuan. Pengantin lelaki akan diarak dari rumahnya ke rumah pengantin perempuan diiringi keluarganya dan bunga manggar. Ramai tetamu yang dijemput dan kedua-dua pengantin akan bersanding di pelamin. Air mawar akan dipercikkan pada mereka. Kebiasaannya, pertunjukan silat diadakan sebagai hiburan kepada para tetamu. Sebelum majlis bersurai, tetamu diberi bunga telur sebagai tanda penghargaan.

Berikut merupakan rumusan adat perkahwinan masyarakat Melayu di Malaysia.

Perayaan

Semua masyarakat Melayu beragama Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian, penganut Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan setiap tahun hijrah dalam bulan Ramadhan. Berpuasa merupakan suatu kewajipan kepada orang Islam untuk menahan diri daripada menipu, berkata buruk atau sia-sia, dan daripada bertengkar atau bergaduh dengan orang lain. Ibadat puasa juga diamalkan bagi mengelakkan manusia daripada terpengaruh oleh hawa nafsu. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah. Pada padi Syawal pertama, anak-anak akan memohon maaf daripada ibu bapa mereka. Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak dalam sampul duit yang selalunya berwarna hijau atau kuning Mereka akan bersembahyang di masjid sebelum melawat kubur arwah saudara mereka.

Salah satu lagi upacara yang diraikan oleh masyarakat Melayu ialah Hari Raya Korban atau dikenali sebagai Aidiladha. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.. Pada hari ini, umat Islam akan menyembelih lembu atau kambing bagi memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Masyarakat Melayu bukan sahaja meraikan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha, malah menyambut perayaan Islam yang lain seperti Maulidur Rasul, Awal Muharam, dan sebagainya. Hari-hari ini merupakan cuti peristiwa di Malaysia.

Wednesday, February 25, 2009

Taman Negara, Pahang, Malaysia

Taman Negara Malaysia dibuka pada 1938/1939 sebagai Taman Negara King George V. Ia kemudian dinamakan sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan. Keluasan kawasan Taman Negara ialah 4,343 km².

Taman Negara terletak di antara sempadan 3 negeri iaitu Pahang, Terengganu, dan Kelantan, yang mana masing-masing memiliki kawasan milik sendiri. Enakmen Taman Negara (Pahang) No.2 pada 1939 dibuat untuk Pahang, Enakmen Taman Negara (Kelantan) No.14 pada 1938 untuk Kelantan, dan Enakmen Taman Negara (Terengganu) No.6 pada 1939 untuk Pahang. Semua enakmen memiliki persamaan kandungan.


Pemandangan Sungai Tembeling dari Laluan Kanopi

Taman Negara Pahang merupakan yang terbesar dengan keluasan 2,477 km², diikuti oleh Taman Negara Kelantan seluas 1,043 km², dan Taman Negara Terengganu seluas 853 km².

Taman ini menjadi sebuah destinasi eko-pelancongan terkenal di Malaysia. Terdapat banyak daya tarikan dari segi geologikal dan biologikal di taman ini. Gunung Tahan merupakan titik tertinggi di Semenanjung Malaysia terletak di Taman Negara, pendaki boleh menggunakan Kuala Tahan atau Merapoh sebagai titik permulaan ekspedisi pendakian itu. Taman Negara mempunyai banyak haiwan mamalia yang jarang ditemui dan semakin pupus seperti harimau, tenuk, gajah, rusa, babi hutan, pelanduk, dan seladang. Sungai Tahan menjadi kawasan habitat kepada Ikan Kelah, sejenis ikan pertandingan.

Daya tarikan lain boleh ditemui di Kuala Tahan (tempat utama Taman Negara di Pahang) termasuk laluan kanopi, Gua Telinga, dan Lata Berkoh. Pengunjung dapat menikmati keindahan hutan hujan tropika, kicauan burung, ataupun merentas hutan (contoh: Tenor Rintis) dan pemandangan sungai ketika melalui Sungai Tahan.

Semua pengunjung mesti mendapatkan kebenaran/permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara sebelum menjejakkan kaki ke Taman Negara. Terdapat banyak hostel dan hotel di taman ini.

Pelancong ke Taman Negara juga boleh memilih untuk menyertai aktiviti memancing terutamanya di Lata Berkoh dan Sungai Kenyam. Terdapat 300 spesies ikan terutamanya dari keluarga kap seperti ikan kelisa, ikan kelah, dan lain-lain lagi banyak terdapat di sungai-sungai di Taman Negara. Pelancong juga boleh menyewa bot untuk aktiviti memancing dan sukan air.



Jenis-jenis bot untuk ke Taman Negara


KEHIDUPAN LIAR DI TAMAN NEGARA

1. Mamalia

- Gajah (Elephas maximus) terdapat paling banyak di Kuala Atok, Ulu Keniam, Chamir, Ulu Aring, Kuala Koh, Sg. Trenggan, Sg. Kerbat, Jenut Kumbang, Jenut Reking dan Tasik Kenyir. Populasi gajah dijangka sebanyak 400 ekor.

- Badak Sumatra (Dicerorhinus sumatrensis) banyak terdapat di sungai-sungai utama dan dijangka terdapat 12-20 ekor di Taman Negara.

- Seladang (Bos gaurus) banyak terdapat di Atok, Sg. Tenor, Sg Kechau, Keniam Valley, Sg Perkai, Pring Valley, upper Trenggan dan Sg Chinchin.

- Mamalia lain yang terdapat di Taman Negara termasuklah tapir (Tapirus indicus), rusa sambar (Cervus unicolor), harimau (Panthera tigris), serow (Capricornis sumatriensis), babi hutan (Sus scrofa), rusa balak (Muntiacus muntjak) and rusa (Tragulus spp.). Anjing liar Malaya (Cuon alpinus) juga terdapat di Taman Negara


2. Burung

Taman Negara juga merupakan tempat menatap burung. Terdapat sebanyak 300 spesis burung yang telah direkodkan di Taman Negara.

Burung yang paling mudah ditemui ialah burung angguk. Burung "The Great Argus Pheasant" juga banyak didengar tetapi susah untuk dirapati.


3. Kehidupan Akuatik

Terdapat 53 spesis hidupan akuatik yang diketahui di Sungai Tembeling. Kelah (Tor tambroides), Kejor (Acrossocheilus hexagonoiepis), sebarau (Hampala macrolepidota), sia (Mystacholeocus marginatus), jelawat (Leptobatbus hoevenii) dan kerai jelawat ( Puntius halei) merupakan spesis yang paling banyak di Sungai Tembeling


PENGANGKUTAN KE TAMAN NEGARA

A) Keutamaan: Keselesaan Individu
1. Bas dari Kuala Lumpur ke Kuala Tembeling
Anggaran kos: RM 75

2. Bot dari Jeti Kuala Tembeling ke Kuala Tahan
Anggaran kos: RM 50-55

B) Keutamaan: Bajet
1. Bas dari Kuala Lumpur ke Bandar Jerantut
Anggaran kos: RM13

2. Bas dari Jeti Bandar Jerantut ke Kuala Tahan
Anggaran kos: RM6 (satu perjalanan)

C) Keutamaan: Pengangkutan Sendiri
1. East Coast Expressway
2. Exit 819 di Plaza Toll Temerloh, Ambil Jalan 98
3. Belok kanan di lampu trafik Jerantut
4. Belok kiri ke Kuala Tahan

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Taman_Negara
http://www.tamannegara.org/

Monday, February 23, 2009

Pulau Tioman

Bentuk Pulau Tioman seolah-olah naga dikaitkan dengan lagenda berkenaan pulau ini. Seorang puteri naga dari China yang sedang dalam perjalanan ke Singapura untuk berjumpa dengan kekasihnya, telah berehat di tempat ini (Pulau Tioman). Oleh sebab terlalu kagum akan keindahan kawasan tersebut, puteri naga tersebut tidak menyambung perjalanannya dan menjelmakan dirinya sebagai sebuah pulau.

http://en.wikipedia.org/wiki/Pulau_Tioman


Keindahan semulajadi pulau ini merupakan daya tarikannya. Hutan tropika meliputi lebih kurang 12, 000 hektar kawasan pulau ini dan terdapat banyak air terjun di sekitar yang menjadi habitat spesis mamalia dan burung yang dilindungi.

http://en.wikipedia.org/wiki/Pulau_Tioman


Pulau Tioman merupakan destinasi pelancongan yang sesuai untuk setiap orang; percutian keluarga, bulan madu, penyelam skuba, backpackers, malah untuk mereka yang ingin menikmati percutian kelas pertama. Kebanyakan hotel di pulau ini terletak di sekitar kampung-kampung di tepi pantai. Terdapat juga resort-resort kecil yang dibina atas pantai persendirian.




AKTIVITI-AKTIVITI DI PULAU TIOMAN

1. Scuba Diving


kehidupan akuatik dan jarak penglihatan yang baik menyebabkan Pulau Tioman sebagai destinasi menyelam yang paling terkenal di Malaysia. Terdapat banyak operator penyelam di Pulau Tioman yang menawarkan perkhidmatan bot, kelas menyelam dan juga pemberian sijil.

Terdapat lebih daripada 20 tapak menyelam di sekitar Pulau Tioman. Pulau Tioman juga merupakan salah satu tempat di mana anda besar kemungkinan akan menemui ikan lumba-lumba (dolfin).

Antara tapak menyelam di Pulau Tioman ialah:
1. Pulau Chebeh
2. Fan Canyon
3. Teluk Kador
4. Batu Malang
5. Pulau Labas
6. Tiger Reef
7. Soyak Island Reef and Wreck
8. Teluk Salang
9. Taman Marin HQ
10. Renggis
11. Bahara
12. Pulau Jahat

2. Pusat Membeli-belah Bebas Cukai

Kerajaan Malaysia telah menganugerahi Pulau Tioman status bebas cukai. Pelepasan cukai ini adalah untuk produk-produk tobako dan alkohol. Tempat terbaik untuk membeli-belah adalah di Kampung Tekek.

Kedai-kedai yang lebih besar di Tekek bukan sahaja menawarkan produk tobako dan alkohol, malah terdapat juga wain, kemeja-T, baju mandi dan cenderahati Pulau Tioman.

Terdapat juga kedai-kedai bebas cukai kecil di kampung-kampung lain, kebanyakkannya di Kampung Paya dan Paya Beach Resort.

3. Spa


Kini, terdapat dua pusat spa di Pulau Tioman. Pertama; Ayura Spa di Berjaya Tioman Resort dan Paya Holistic Spa di Paya Beach Resort.

Rawatan spa merangkumi pengurutan, body scrubs dan wraps, facial, pembersihan tangan dan kaki dan juga rawatan Spa Rambut. Rawatan-rawatan yang dinyatakan boleh digabungkan dalam pakej Spa yang mengambil masa selama 2 - 4 jam.

Jika anda berminat untuk mendapatkan rawatan Spa, adalah dinasihatkan supaya membuat penempahan tempat dahulu dan tiba di pusat spa pada waktu yang telah ditempah itu. Anda boleh menghubungi Berjaya Tioman Golf, Beach & Spa Resort atau Paya Beach Resort untuk maklumat lanjut.

4. Antara aktiviti lain yang dapat dilakukan di Pulau Tioman ialah:
- Round Island Tour
- Pendakian
- Jungle trekking
- Golf

Sumber rujukan: http://www.tioman.com.my/

PENGINAPAN DI PULAU TIOMAN

Berikut merupakan senarai hotel yang terdapat di Pulau Tioman. Sila tekan link untuk maklumat lanjut.

1. Berjaya Tioman Beach Resort
2. Genting Bayu Chalet
3. Genting Damai Resort Tioman
4. Island Reef Resort
5. Japamala Resort
6. Mukut Coral Beach
7. Panuba Inn Resort
8. Paya Beach Resort
9. Salang Beach Resort
10. Salang Pusak Resort Tioman
11. Sun Beach Resort Tioman
12. Tioman Paya Resort

Sumber: http://www.malaysiahotels.net.my/malaysia/island/tioman.htm


"GETTING TO TIOMAN"

1. Penerbangan ke Lapangan Terbang di Tekek
- Dari Lapangan Terbang Changi atau Selatar (Singapura)
- Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur atau Subang (Kuala Lumpur)
- Dari Lapangan Terbang Senai (Johor Bahru)

Syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke Pulau Tioman:
- Air Asia
- Malaysian Airlines (Syarikat Penerbangan Malaysia)


2. Perkhidmatan Bot dan Feri
- Berangkat dari Mersing atau Tanjung Gemok
- Dari Mersing - perkhidmatan bot : 2 Jam
perkhidmatan feri : 3 Jam
- Tiket : Feri - RM 35 (satu perjalanan)
Bot - RM 45 (satu perjalanan)
- Feri berulang-alik setiap 1-2 jam antara 9.30 pg. - 5.30 ptg.


3. Perjalanan Sendirian
- Dari Kuala Lumpur : K.L. - Kuantan - Pekan - Rompin - Tg Gemuk
:
K.L. - Seremban - Bahau - Muadzam Shah - Rompin - Tg Gemok
- Dari Melaka :
Melaka - Tangkak - Segamat - Muadzam Shah - Rompin - Tg Gemok
- Dari Kuantan : Kuantan - Pekan - Rompin - Tg Gemok


Sumber rujukan: http://www.tioman.com.my/

Sunday, February 22, 2009

Pulau Pinang: "The Pearl of The Orient"

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka.

Negeri ini adalah kedua terkecil di Malaysia. Dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957. Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Butterworth hanya dipisahkan oleh Selat Utara dari George Town yang selebar 3km. Kedua-dua buah bandar ini juga terletak berdekatan dengan bandar-bandar satelit seperti Sungai Petani dan Kulim di Kedah, Kepala Batas, Bukit Mertajam, dan Batu Kawan di Seberang Perai serta bandar-bandar di utara negeri Perak. Bandar-bandar ini membentuk kawasan metropolis dengan jumlah penduduk melebihi 2 juta orang, menjadikannya kawasan metropolis kedua terbesar selepas Lembah Klang.

Gurney Drive
Antara daya tarikan di Pulau Pinang ialah Gurney Drive yang terletak in pinggir pantai. Tiap-tiap tahun beratus-ratus orang pelancong dari seluruh pelosok dunia mengunjungi Gurney Drive untuk menikmati makanan yang sedap dan murah selain menikmati pemandangan laut. Terdapat juga kompleks membeli-belah yang besar iaitu Gurney Plaza.



Batu Ferringhi
Batu Ferringhi merupakan antara tarikan pelancong yang terutama di Pulau Pinang. Sebilangan hotel ternama terletak di Batu Ferringhi. Contohnya, Shangri-La, Park Royal dan Golden Sands Resort. Terdapat juga hotel-hotel berkos rendah untuk mereka yang mempunyai bajet yang ketat.

Hotel Bertaraf Antarabangsa di Bandar GeorgeTown

Antara hotel yang ternama di sini adalah hotel E&O (Eastern and Oriental Hotel). Hotel ini dibuka sejak tahun 1885. Hotel ini merupakan hotel yang tertua di Pulau Pinang dan konsep hotel ini adalah ala Barat. Hotel ini merupakan salah satu hotel yang bertaraf antarabangsa dan berkelas tinggi.




Esplanade

Satu lagi tempat yang merupakan tarikan pelancong adalah Esplanade, serupa dengan Gurney Drive tetapi tiada hotel dan tempat makan di sini. Terdapat suatu padang yang besar di mana orang tempatan dan pelancong gunakan untuk makan angin dan berekreasi.




Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam di Pulau Pinang tidaklah sebaik di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam. Pelancong-pelancong dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan perkhidmatan teksi, bas dan juga beca (terdapat di Esplanade). Monorel di Pulau Pinang sedang dalam pembinaan.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang

Saturday, February 21, 2009

Bidang yang ditawarkan

Universiti


Universiti Malaya (UM)
- CAD/CAM, Faculty of Engineering
- Chemistry Department
- Department of Medicine
- Department of Zoology
- Faculty of Arts
- Faculty of Computer Science & Information Technology
- Faculty of Cultural
- Faculty of Dentistry
- Faculty of Dentistry
- Faculty of Economics
- Faculty of Education
- Faculty of Foundational Science
- Faculty of Languages
- Faculty of Law
- Faculty of Medicine
- Faculty of Syariah
- Faculty of Usulludin
- Institute of Advanced Studies
- Mathematics Department
- Physics Department
- Plasma Research Laboratory
- Universiti Malaya Field Study Center
- Zoology Department
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- Center for Postgraduate Studies
- Center for General Studies
- Center for Distant Learning
- Computer Center
- Department of Community Health
- Department of History
- Faculty of Allied Health Sciences
- Faculty of Business Management
- Faculty of Development Science
- Faculty of Economy
- Faculty of Education
- Faculty of Engineering
- Faculty of Islamic Studies
- Faculty of Language Studies
- Faculty of Law
- Faculty of Life Sciences
- Faculty of Mathematical Science
- Faculty of Medicine
- Faculty of Physical and Applied Sciences
- Faculty of Science & Natural Resources
- Faculty of Social Sciences & Humanities
- Institute for Environment and Development
- Institute of Malay World Civilizations (ATMA)
- Institut Kajian Malaysia Antarabangsa (IKMAS)
- Medical Campus
- Physics Department
Universiti Sains Malaysia (USM)
- Perak Campus
- Kelantan Campus
- Information Tecnology Centre On-Line
- Network Research Group
- School of Industrial Technology
- School Of Computer Sciences
- School of HBP
- School of Management
Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Terengganu Campus
- Department of Biochemistry and Microbiology
- Department of Biology
- Department of Chemistry
- Department of Computer Science
- Department of Environmental Science
- Department of Mathematics
- Department of Physics
- Department of Soil Science
- Faculty of Engineering R&D Home Page
- Faculty of Science and Environmental Studies
- Faculty of Human Ecology
- Jabatan Agronomi & Horticulture
- Sea Turtle Research Unit
- University Conservatoire
- UPM Multimedia City
Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
- Kulliyyah of Engineering
- Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Science
Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
- Skudai Campus
- Kuantan Campus
- Chemistry Department
- Faculty of Built Environment
- Faculty of Chemical and Natural Resource Engineering
- Faculty of Civil Engineering
- Faculty of Computer Science and Information System
- Faculty of Education
- Faculty of Electrical Engineering
- Faculty of Geoinformation Science And Engineering
- Faculty of Management and Human Resource Development
- Faculty of Mechanical Engineering
- Faculty of Science
- Faculty of Surveying
- Information Technology Division
- Centre for Islamic Studies And Social Development
- School Of Graduate Studies
- Tun Hussein Onn Institute of Technology - Batu Pahat
- Malaysian Naval Academy (ALAM)
- Malaysian Military Academy (ATMA)
- SPACE
- International Business School
- Institute Of Software Technology
- Pusat Persediaan Kajian Teknikal ke Jepun (PPKTJ'S SITE)
Universiti Utara Malaysia (UUM)
- Centre for Research & Consultancy
- Computer Centre
- Department of Academic Affairs
- Entrepreneurial Development Institute
- Quality Management Institute
- School of Accountancy
- School of Economics
- School of Graduate Studies
- School of Information Technology
- School of Languages & Scientific Thinking
- School of Management
- School of Social Development
Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Universiti Teknologi Mara (UiTM)
- Arau Campus
- Machang Campus
- Sri Iskandar Campus
- Dungun Campus
- Jengka Campus
- Lendu Campus
- Segamat Campus
- Kuala Menggatal Campus
- Kota Samarahan Campus
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Universiti Multimedia (UMM) [ Universiti Telekom (UNITELE) ]
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
Universiti Teknologi Petronas (UTP)
Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR)
Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)

Universiti Kebangsaan Malaysia

UKM sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti penyelidikannya dalam menjana kekuatan penyelidikan dan kecemerlangan. UKM percaya bahawa kecemerlangan dalam penyelidikan berkait rapat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. UKM juga menyedari bahawa terdapat persaingan kuat untuk mendapatkan dana penyelidikan dari pelbagai sumber kerajaan dan bukan kerajaan. Dengan terlaksananya struktur pentadbiran korporat yang utuh, UKM akan terus mengukuhkan dan mengambil peluang daripada program akademik dan penyelidikan serta aktiviti pembangunannya. Pada masa yang sama, UKM sentiasa mencari peluang untuk mengkomersilkan penyelidikannya.

Dalam kerangka institusi UKM, pusat-pusat penyelidikan kecemerlangan seperti Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), dan Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik (IMEN) telah didirikan khusus bagi melengkapi inisiatif-inisiatif penyelidikan di 11 fakulti di UKM. Beberapa pusat khas seperti Pusat Analisis dan Teknologi Gen (CGAT) di Institut Biologi Sistem (INBIOSIS) dan Pusat Kejuruteraan Termaju di Fakulti Kejuruteraan telah ditubuhkan atas dasar perkongsian untuk meningkatkan penyelidikan yang strategik demi kepentingan negara. Makmal Interim Institut Genome dan Biologi Molekul Kebangsaan serta Institut Alam Sekitar Malaysia terletak di dalam kampus utama. Semua institut ini membantu ke arah memajukan kerjasama penyelidikan di antara institut-institut di UKM. Rangkaian penyelidikan industri dan projek-projek perundingan yang strategik telah ditubuhkan termasuk:

  • Projek Inkubasi MTDC-UKM
  • Inisiatif Mikroelectronik dan Nanoteknologi Telekom-UKM
  • Pusat Pakar Perubatan UKM
  • Pelbagai perundingan komersil, analisis dan aktiviti latihan untuk industri makanan melalui UNIPEQ
  • Jimah Coal-Fired Power Plant Environmental Impact Assessment Project
  • Kesedaran Awam terhadap Projek Sains dan Teknologi
  • Pelan Industri Induk Selangor
  • Pelan Tindakan Pembangunan ICT Usahawan Bumiputera

Sila layari laman web fakulti untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan penyelidikan yang dijalankan di setiap fakulti.


Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Untuk mendapatkan manfaat yang maksimum daripada program penyelidikannya, UKM telah menubuhkan Unit Pengurusan Penyelidikan pada Januari 1995. Unit ini bertindak menghubungkan UKM dengan agensi-agensi dana penyelidikan. Unit ini kemudiannya telah dinamakan semula sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan. Matlamat utama Pusat ini adalah untuk membangun serta meningkatkan keupayaan penyelidikan melalui aktiviti-aktiviti penyelidikan asasi dan gunaan, yang mempunyai kesan secara langsung ke atas pembangunan negara dan kemajuan ilmu pengetahuan. Ini diharapkan dapat menjadikan UKM sebagai pemangkin dinamisme, kecemerlangan dan produktiviti penyelidikan di negara ini. Kini Pusat ini dikembangkan dengan kemasukan Unit Inovasi dan nama barunya ialah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi.

Senarai Penyelidikan Berpotensi Komersil

1. Improved Swivel Arm Mechanism
2. Temporal Bone Holder
3. Multimedia In Education Software On Mathematics
4. Paddy Fluidized Bed Drying (BERNAS)
5. Chitin Chitosan
6. LNR (Liquid Natural Rubber)
7. TPNR (Thermoplastic Natural Rubber)
8. Cilibangi
9. Baja Aerobik
10. Sistem Lampu isyarat Pintar
11. Peranti Kunci Kalis Api
12. Herbal Remopain Film for Ulcer and Wounds
13. Styrylpyrone Deravative (SPD): The Potential Therapy for Breast Cancer
14. Produk Farmasutikal Anti-diabetik
15. Produk Tongkat Ali
16. S-CAD


Insentif Cukai

Insentif Pengurangan Cukai Berganda Perbelanjaan Hasil Menggunakan Perkhidmatan Penyelidikan di UKM

1. Pengenalan
Pusat Pengurusan Penyelidikan telah diiktiraf sebagai satu entiti penyelidikan yang diluluskan di bawah Seksyen 34B, Akta Cukai Pendapatan, 1967. Dengan pengiktirafan ini, syarikat-syarikat yang menyumbang dana penyelidikan ataupun menggunakan perkhidmatan penyelidikan dengan Pusat ini berhak untuk mendapatkan potongan cukai berganda.

2. Definisi Penyelidikan Untuk Tujuan Pengurangan Cukai Berganda
Takrifan untuk 'penyelidikan' dalam konteks ini adalah: "Penyelidikan dan Pembangunan mana-mana kajian yang sistematik atau intensif yang dijalankan dalam bidang sains atau teknologi dengan objektif menggunakan hasil produk daripada kajian atau pembaikan bahan, peranti, produk, penghasilan atau proses-proses lain, tetapi tidak termasuk kawalan mutu atau ujian rutin bahan, peranti, produk atau hasil; kajian dalam sains sosial atau kemanusiaan; pemungutan data rutin; kajian-kajian kecekapan atau kajian pengurusan; dan penyelidikan pasaran atau promosi jualan."

3. Borang Tuntutan
Potongan cukai berganda boleh didapati dengan mengisi satu borang/format 'Tuntutan untuk Potongan Cukai Berganda di atas Perbelanjaan dengan Menggunakan Perkhidmatan Satu Institut /Syarikat Penyelidikan yang Diiktiraf di bawah Seksyen 34B Akta Cukai Pendapatan, 1967'.

4. Bagaimana untuk membuat tuntutan
Potongan cukai berganda boleh dituntut dengan menyerahkan Borang Penyata Cukai Pendapatan kepada Jabatan Cukai Pendapatan bersama-sama dengan borang/format yang siap diisi dan bil pembayaran untuk perkhidmatan R & D.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pengarah
Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi

Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM BANGI
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel: (603) - 8921 3184
Faks : 603) - 8925 4550
E-mel: drmc@ukm.my
Laman web: http://research.ukm.my

Pusat Pembangunan Akademik

Pusat Pembangunan Akademik (PPA) dibentuk pada 12 Julai 1998 hasil penamaan semula Unit Pengurusan Kualiti (UPK) yang ditubuhkan pada 1 Mac 1997. Sekali gus dengan pembentukan PPA, fungsi dan peranan UPK asal untuk meningkatkan dan menjamin kualiti akademik ke arah menjadikan UKM Pusat Ilmu Terpilih diperluaskan merangkumi aspek perancangan, pembangunan dan penstrukturan strategik, peningkatan profesionalisme akademik dan pembangunan e-pembelajaran. Keempat-empat fungsi pengurusan kualiti, perancangan strategik, latihan akademik dan e-pembelajaran ditangani melalui empat bahagian iaitu Bahagian Pembangunan dan Penstrukturan (dinamakan semula sebagai Bahagian Perancangan Strategik pada tahun 2002), Bahagian Latihan Akademik, Bahagian Penjaminan Kualiti (dinamakan semula sebagai Bahagian Pengurusan Kualiti pada tahun 2003) serta Bahagian e-Pembelajaran.

Pada awal tahun 2008, PPA telah distruktur semula dengan fungsi-fungsi pengurusan kualiti dan perancangan strategik dipindahkan kepada Pusat Perancangan dan Komunikasi Korporat (PPKK), manakala fungsi PPA telah dikembangkan merangkumi aspek perkembangan dan inovasi kurikulum.


*akan disambung