Thursday, February 19, 2009

Universiti Malaya

Sejarah UM

Copyright Malaysia: A Pictorial History 1400 - 2004, pg 268

Universiti Malaya, atau UM, universiti tertua di Malaysia, terletak di sebuah kampus yang berkeluasan 750 ekar (309 hektar) di selatan barat Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Mula ditubuhkan pada April 1949 di Singapura berikutan penggabungan Kolej Perubatan King Edward VII (ditubuhkan pada 1905) dengan Kolej Raffles (ditubuhkan pada 1928).

Universiti Malaya mendapat namanya dari istilah 'Malaya' yang kemudiannya menjadi nama negara. Suruhanjaya Carr-Saunders, yang mengesyorkan penubuhan universiti ini, dalam laporannya pada 1948 mengatakan: "Universiti Malaya buat pertama kalinya akan menyediakan sebuah pusat umum di mana pelbagai kaum, agama dan ekonomi dapat bercampur gaul dalam usaha untuk menyatupadukan masyarakat. Bagi Universiti Malaya, inilah dia sebuah universiti untuk Malaya."

Pembangunan Universiti yang sangat pesat pada abad pertama penubuhannya menyebabkan pelaksanaan pembahagian dua Divisyen berautonomi pada 1959, satu terletak di Singapura dan satu lagi di Kuala Lumpur. Dalam tahun 1960, kerajaan bagi kedua-dua kawasan menyatakan keinginan untuk mengubah status Divisyen kepada universiti nasional. Permohonan ini diluluskan pada 1961 dan tertubuhlah Universiti Malaya pada 1 Januari 1962.

Pada 16 Jun 1962, Universiti Malaya meraikan perlantikan Canselornya yang pertama iaitu Yang Mulia Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, yang juga Perdana Menteri negara yang pertama. Naib Canselor UM yang pertama adalah Profesor Oppenheim, Ahli Matematik terkenal dunia.

Kini, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah merupakan Canselor Universiti Malaya.

YBhg. Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon pula telah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaya yang kesepuluh pada 8 November 2008.




Ingin belajar di UM?

Universiti Malaya merupakan institusi pengajian tinggi yang tertua dan paling berprestij di Malaysia. Alami pengalaman tidak ternilai di sini.

PENGINAPAN

Dalam kehidupan seorang pelajar, pengalaman menuntut ilmu jauh di perantauan merupakan suatu kenangan yang amat bernilai. Di mana pada ketika itu mereka bertemu teman yang berbeda bangsa dari negara di pelusuk dunia, membolehkan integrasi ilmu dan pengalaman membuka minda dan pemikiran mereka

Universiti Malaya menyediakan 13 kolej kediaman yang mampu menampung sehingga 12,000 pelajar dalam satu masa. Hampir 65% pelajar Universiti Malaya yang menginap adalah pelajar tahun pertama Ijazah Dasar. Setiap kolej kediaman di sini ditadbir oleh seorang pengetua dan dibantu oleh beberapa penyelia. Kolej kediaman di Universiti Malaya bukan sahaja menyediakan penginapan semata- mata, tetapi juga menyediakan kemudahan lain seperti gelanggang permainan, bilik bacaaan, kedai runcit, kafe siber dan makmal komputer.

Penginapan Dalam Kampus

Perbelanjaan harian pelajar bergantung kepada keperluan dan gaya hidup. Kos untuk seorang pelajar bagi kemudahan, makanan, buku, pakaian, hiburan, pengangkutan tempatan, dan seumpamanya dianggarkan lebih kurang RM700 ke RM1000 sebulan (USD$200 - USD$280).

Senarai Kolej Kediaman

Universiti Malaya juga menyediakan kemudahan rumah sewa untuk pelajar lepasan ijazah. Kemudahan ini bergantung kepada kekosongan yang ada.













CARA MEMOHON

IJAZAH DASAR

Permohonan lengkap perlu mengandungi:
1. Tiga (3) set borang permohonan
2. Empat (4) gambar berukuran pasport
3.
Tiga (3) salinan sijil transkrip akademik atau rekod akademik yang telah disahkan. Bagi pelajar yang bahasa rasminya bukan Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, perterjemahan secara rasmi dikehendaki.
4. Yuran proses USD50, bayar secara pemindahan telegraf ('telegraphic transfer') kepada:

Penerima: Bendahari Universiti Malaya Akaun Bank: 1440 - 0004005 053 Alamat: CIMB Bank Berhad, Cawangan Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA
5. Satu salinan slip pemindahan telegraf
6.
Penyata kewangan yang menunjukkan kemampuan dari segi kewangan oleh bank atau institusi berkelayakan untuk kewangan kendiri pelajar; surat jaminan dari penaja bagi pelajar yang mendapat tajaan.

Permohonan yang lengkap perlu dihantar tidak lewat dari 31 Julai dan 31 Disember setiap tahun kepada:

Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC),
Pejabat Hubungan Korporat dan Antarabangsa (ICR),
Tingkat 1, Blok D, Kompleks Perdana Siswa,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-79677711 / 7712 / 7715 Faks: +603-7967 7710
Emel: isc@um.edu.my


PUSAT PELAJAR ANTARABANGSA

Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC) merupakan sebuah pusat yang menyediakan servis dan keperluan untuk pelajar antarabangsa. Di bawah naungan dan panduan Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat, pusat ini berjaya memberikan perkhidmatan yang baik dan membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan komuniti dan persekitaran kampus.

ISC menawarkan perkhidmatannya dalam pelbagai bidang seperti berikut:

1. Permohonan Visa Pelajar
2. Pendaftaran Pelajar
3. Program Pertukaran Pelajar
4. Kemudahan
5. Aktiviti Pelajar
6. Promosi Universiti

ISC boleh dihubungi di:

Pusat Pelajar Antarabangsa (ISC),
Pejabat Hubungan Antarabangsa dan Korporat (ICR),
Tingkat 1, Blok D, Kompleks Perdana Siswa,
Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur
MALAYSIA
Tel: +603-79677711 / 7712 / 7715 Fax: +603-7967 7710
Emel: isc@um.edu.my

YURAN & KOS

IJAZAH DASAR

Yuran Pengajian Program

Klik Yuran Pengajian Program untuk memuat turun senarai yuran pengajian program bagi calon pelajar ijazah dasar

Kos Sara Hidup

Kos sara hidup pelajar bergantung kepada keperluan dan gaya hidup mereka. Kos untuk seorang pelajar bagi kemudahan, makanan, buku, pakaian, hiburan, pengangkutan tempatan, dan seumpamanya dianggarkan lebih kurang RM700 ke RM1000 sebulan (USD$200 - USD$280).


Yuran Pengajian Pelajar Ijazah Dasar Antarabangsa

Akta Yuran (UMUM), 1989 menyatakan bahawa Universiti Malaya boleh mengenakan yuran atau bayaran sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa. Lemabaga Pengarah Universiti Malaya mempunyai hak untuk meminda struktur dan yuran tuisyen serta bayaran pelbagai pada bila-bila masa. Yuran untuk setiap peringkat pengajian perlu dibayar pada setiap semester atau sesi, bergantung kepada syarat pembayaran kursus tersebut. Semua yuran yang berkaitan perlu dibayar dalam masa seminggu dari sesi bermula atau setiap semester, kecuali dibenarkan oleh Bendahari untuk berbuat sebaliknya.


Yuran Tidak Berulang - Semasa Pendaftaran

PERKARA
(RM)
Orientasi
660.00 (tertakluk kepada perubahan)
Kad Matriks
60.00
Pendaftaran
15.00
Buku Peraturan Semester & Pelbagai
30.00
Yuran Alumni
300.00
JUMLAH
1,065.00

Yuran Berulang - Sekali Setahun

PERKARA
(RM)
Insurans
36.00 (tertakluk kepada perubahan)
Sukan & Rekreasi
60.00
Kebajikan
30.00

Yuran Berulang - Setiap Semester

PERKARA (RM)
Anggaran Yuran Kolej
-
(tertakluk kepada setiap kolej dan tempoh penginapan)
Yuran Tuisyen
-
(bergantung kepada setiap kursus)
Keahlian Perpustakaan
150.00

Servis Kesihatan
60.00

Yuran Pentadbiran
300.00
(Kursus Sains Komputer & Teknologi Maklumat sahaja)
Yuran Mikroskop
67.50



MAKLUMAT VISA



IJAZAH DASAR



Sebagai pelajar antarabangsa, anda perlu mempunyai dokumen perjalanan (visa dan pasport) untuk memasuki Malaysia. Sebaik sahaja menerima tawaran kemasukan, anda perlu memohon visa dari Kedutaan/Pejabat Konsul Malaysia. Memasuki Malaysia tanpa visa akan menyebabkan yuran tambahan dikenakan oleh Pejabat Imigresen ke atas anda semasa memohon pas pelajar.



Sekiranya anda memasuki Malaysia tanpa visa, pejabat imigresen di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) atau mana-mana terminal akan membenarkan anda memasuki negara dengan memberikan pas lawatan singkat (biasanya diberikan kepada pelancong). Untuk mebolehkan anda tinggal di universiti secara sah, anda perlu menukarkan pas lawatan singkat kepada pas pelajar. Yuran sebanyak RM500.00 + caj visa akan dikenakan oleh Jabatan Imigresen untuk memproses Journey Performed Visa (JP Visa).



Permohonan Pas Pelajar (ketika tiba di Kuala Lumpur)



Pusat Pelajar Antarabangsa Universiti Malaya akan membantu anda untuk mendapatkan pas pelajar. Pusat ini akan membuat permohonan bagi pihak anda setibanya anda di Kuala Lumpur. Proses untuk mendapatkan pas pelajar melalui pusat ini agak rumit dan mengambil masa. Kebiasaannya, proses permohonan dan pengesahan akan mengambil masa lebih kurang 1-1 1/2 bulan. Untuk membantu anda membuat permohonan pas pelajar, anda dikehendaki menghantar dokumen berikut:



1. Salinan pasport anda (tidak termasuk halaman kosong)

2. Yuran permohonan sebanyak RM20.00 (bayar kepada UM)

3. 3 gambar saiz pasport

4.
Deposit Bon Peribadi (Personal Bond Deposit) bergantung kepada negara asal (Draf Bank dibayar kepada Universiti Malaya sejumlah RM ...........*, jumlah untuk setiap negara (Sila rujuk pejabat ISC). Deposit akan dipulangkan sebaik sahaja pengajian selesai; pelajar universiti yang mempunyai Memorandum Persefahaman bersama UM tidak perlu membayar deposit yang dinyatakan).



Selepas pengesahan pas dan penghantaran pasport sebagai sokongan, anda dikehendaki membuat bayaran seperti berikut:



1. Pas Pelajar sebanyak RM60.00 (setahun atau sebahagiannya)

2.
Kadar visa/visa kemasukan semula - bergantung kepada negara asal, tidak melebihi RM100.00

3.
Yuran proses sejumlah RM500.00 untuk Journey Performed Visa, JPVisa (untuk pelajar yang memasuki Malaysia tanpa visa)



(Semua pembayaran boleh dilakukan selepas ketibaan pelajar.)



Pusat Pelajar Antarabangsa akan menghubungi anda untuk menghantar pasport asal anda sebagai sokongan permohonan pas pelajar. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh hubungi pusat melalui emel: isc@um.edu.my , telefon: 603-7967 7714/ 7715 atau faks: 603-7967 7710.



Memperbaharui Visa dan Pas Pelajar



Sekiranya ingin memperbaharui pas pelajar anda, sila rujuk Pusat Pelajar Antarabangsa untuk bantuan. Syarat-syarat berikut perlu dipatuhi ketika memohon menyambung semula visa dan pas pelajar:



1.
Mematuhi keperluan kursus dengan menghadiri sekurang-kurangnya 80% daripada keseluruhan jadual kelas dan mencapai keputusan akademik yang memuaskan; kegagalan mencapai keperluan ini akan menyebabkan status pas pelajar gugur.

2.
Sentiasa peka dengan tarikh luput pasport, pas pelajar, visa dan seumpamanya. Tempoh melanjutkan pas pelajar anda perlu dihantar sebulan sebelum tempoh pas pelajar berakhir.

3.
Sentiasa membuat pendaftaran secara sah di Universiti. Surat pengesahan dari Seksyen Kemasukan & Rekod perlu disertakan bersama dengan permohonan penyambungan.

4.
Sentiasa memaklumkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia melalui Pusat Pelajar Antarabangsa berkenaan sekiranya berlaku perubahan alamat, perjalanan dalam Malaysia, penarikan diri dari kursus/Universiti atau sekiranya ingin menukar status pas anda.



untuk maklumat yang selanjutnya , sila melayari laman web UM


LAMAN WEB UM



No comments:

Post a Comment