Wednesday, February 18, 2009

chinese food



Yee Sang
Makanan ini merupakan sejenis salad Chaozhou. Makanan ini hanya didapati semasa Tahun Baru Cina. Makanan ini selalunya terdiri daripada sayur-sayuran dan beberapa jenis sos. Makanan ini dikatakan boleh menambahkan tuah sekiranya dimakan. Makanan ini selalu dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan. Sebelum dimakan, semua orang akan mengambil pengepit (chopsticks) mereka dan mencampurkan Yee Sang tersebut. Semasa mencampurkan Yee Sang tersebut, mereka akan mengucapkan ucapan-ucapan yang bertuah.


Pau
Pau merupakan sejenis kuih yang diperbuat daripada tepung dengan inti di dalamnya. Inti tersebut terdapat dalam pelbagai perisa. Intinya boleh diisi dengan daging, sayuran ataupun manisan. Pau selalunya dimakan sebagai sarapan pagi. Inti dalam pau selalunya dikenal pasti dengan pewarna atas pau.


Telur Teh
Telur ini merupakan telur yang dimasak di dalam teh. Telur ini boleh dimakan dengan kicap soya ataupun dengan rempah Cina. Telur ini mempunyai keharuman teh apabila dimakan. Telur ini selalunya didapati di pasar malam ataupun di kedai menjual teh.


Tang Yuan
Makanan ini diperbuat daripada tepung. Tepung ini dicampur dengan air dan kemudian dimasak dalam air mendidih. Tang Yuan boleh diletakkan dengan inti. Tang Yuan selalunya dimakan semasa perayaan Dong Zhi. Tang Yuan boleh dimakan dengan manisan kacang merah, halia dan sebagainya.

Sumber Gambar: rasamalaysia.com & thelocalking.com


No comments:

Post a Comment