Thursday, February 19, 2009

Universiti Putra Malaysia (UPM)

VISI

Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa

MISI

Menjadi Pusat Pembelajaran dan Penyelidikan yang utama, yang memberikan sumbangan bukan sahaja kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara bangsa, tetapi juga kepada kemajuan manusia dan penerokaan ilmu sejagat

MATLAMAT

UPM telah menetapkan lapan matlamat untuk merealisasikan wawasannya. Setiap matlamat berikut mempunyai objektif khusus, iaitu dalam bentuk yang boleh diukur pencapaiannya. Pencapaian setiap objektif pula bergantung kepada pelaksanaan strategi dan pelan tindakan masing-masing. Kesepuluh-sepuluh matlamat tersebut adalah seperti berikut :

Matlamat 1 : Melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan berusaha untuk terus maju.

Matlamat 2 : Memperkasakan pelajar UPM dengan penguasaan kemahiran insaniah.

Matlamat 3 : Menjadikan UPM sebagai Universiti Penyelidikan yang terkemuka.

Matlamat 4 : Memperkasakan UPM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan penyelidikan pertanian.

Matlamat 5 : Meningkatkan jalinan industri dan masyarakat.

Matlamat 6 : Mengurus modal insan dan persekitaran kerja dengan cemerlang.

Matlamat 7 : Memantapkan Sistem Pengurusan Kualiti berteraskan amalan terbaik.

Matlamat 8 : Menjana dan mengurus sumber kewangan universiti secara cekap dan berkesan.

Matlamat 9 : Menjadikan universiti terhubung sepenuhnya dengan berasaskan ICT.

Matlamat 10 : Memperkasakan UPM melalui Alumni

UPM SEPINTAS LALU


Universiti Putra Malaysia (UPM) telah ditubuhkan pada tahun 1971, sebagai Universiti Pertanian Malaysia, melalui penggabungan antara Fakulti Pertanian, Universiti Malaya dan Kolej Pertanian Malaya Serdang. Universiti ini bermula dengan tiga buah fakulti iaitu Pertanian, Perhutanan dan Kedoktoran Veterinar dan Sains Peternakan dan terus kekal sebagai sebuah universiti tradisional yang memberikan tumpuan terutama kepada pendidikan ijazah pertama, penyelidikan dalam bidang pertanian dan bidang yang berkaitan. Walaubagaimanapun, pada awal tahun 80-an, UPM telah memperluaskan bidang tumpuannya dengan memasukkan bidang Sains dan Teknologi (S&T).

Pada tahun 1994, UPM memulakan satu rancangan yang bercita-cita tinggi untuk membina Universiti Masa Hadapan yang menyediakan sistem-sistem penyampaian yang lebih baik dan terkini dalam pendidikan sains dan teknologi dengan memanfaatkan bidang teknologi maklumat (IT) yang sedang pesat berkembang. UPM telah bertukar dengan pesatnya menjadi kampus tanpa sempadan yang melampaui sempadan kebangsaan.

Kemuncak dari itu ialah dengan penukaran nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.


PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

UPM menawarkan persekitaran pembelajaran yang selamat serta persekitaran kampus yang menghijau dengan rimbunan pokok serta keluasan padang ragut mempesonakan dan kemudahan-kemudahan rekreasi dan aktiviti bersukan.


PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA
  • Universiti 'Multi-Discplinary' ke 52 terbaik (Asiaweek, 2000)

  • Pengguna ICT terbaik di antara Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia (MIS Magazine, 2003)

  • Pengguna ICT ke 6 terbesar di antara Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia (MIS Magazine, 2003)

  • Program Master Pentadbiran Perniagaan (MBA) terbaik di Malaysia dan ditangga ke-7 di Asia (Majalah AsiaInc)

  • 60% faklti di UPM memperolehi Pengiktirafan ISO 9000

  • Penyelidik UPM memenangai pelbagai anugerah antarabangsa dalam kecemerlangan penyelidikan

  • UPM adalah penerima geran penyelidikan (IRPA) tertinggi


MENERAJUI BIDANG PENYELIDIKAN

UPM amat serius dalam meningkatkan penyelidikan dan pembangunannya. Ini boleh dilihat apabila banyak anugerah telah dicapai sama ada di dalam negara mahupun peringkat antarabangsa. UPM menuju ke arah universiti yang terkenal dalam penyelidikan dan hasrat ini adalah dirangkumi dalam pelan strategik UPM 2001-2010. Kecemerlangan penyelidikan di UPM telah menarik ramai graduan yang berkualiti.


PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

UPM menawarkan peluang yang berterusan kepada semua mahasiswa. Semua graduan UPM adalah Alumni UPM untuk seumur hidup. Para graduan mengekalkan hubungan rapat dengan alma mater mereka dan alumni yang lain. Terdapat pusat yang mengumpulkan para alumni UPM iaitu Pusat Alumni.

UPM juga menawarkan Program Pendidikan Jarak Jauh pada peringkat Bacelor dan Master. Program ini dikendalikan oleh Pusat Pendidikan Luar (PPL). Program yang ditawarkan oleh PPL telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada mereka yang sedang bekerja dan bercadang untuk memperbaiki kelayakan akademik mereka. UPM juga menawarkan Program Eksekutif yang dikendalikan oleh Fakulti Ekonomi dan Pengurusan dan juga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Program-program ini menawarkan pilihan kepada individu yang sedang bekerja bagi melanjutkan pelajaran mereka secara pengajian separuh masa.

SYARAT KEMASUKAN

Kelayakan Masuk Program Bacelor

Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Kelayakan Setaraf yang ingin memohon ke program pengajian peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pendidikan Tinggi Awam mestilah memiliki kelayakan minimum yang merupakan Syarat Am Universiti. Syarat Am Universiti bagi calon STPM dan kelayakan Setaraf adalah seperti berikut :-

  1. Calon STPM

    Lulus SPM/Setaraf dengan baik;
    Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/Setaraf;
    Lulus dalam peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya;
    Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am/Kertas Am; dan
    Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain dan
    Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

  2. Calon Kelayakan Setaraf

    Lulus SPM/Setaraf dengan baik;
    Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/Setaraf;
    Mempunyai kelulusan lain yang dikitiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti; dan
    Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

  3. Kelayakan Minimum Calon Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM

    Calon Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM yang ingin memohon ke program pengajian peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pendidikan Tinggi Awam mestilah memiliki kelayakan minimum yang merupakan Syarat Am Universiti. Syarat Am Universiti bagi calon Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM adalah seperti berikut :

  4. Syarat Am Universiti

    Lulus SPM/Setaraf dengan baik;
    Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM/Setaraf;
    Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00; dan
    Telah mengambil Malaysian University English Test (MUET).

  5. Kelayakan Masuk Program Diploma

    Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan lima (5) Kepujian termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan satu mata pelajaran sains.
    Lulus dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat SPM/SPMV; ATAU
    Lulus peperiksaan yang setara atau lebih tinggi dari yang dinyatakan dalam perenggan (i) di atas dan diiktiraf oleh Kerajaan.

    Perhatian : Calon mestilah memenuhi "SYARAT AM UNIVERISTI" serta "KEPERLUAN KHAS PROGRAM" Bagi setiap program Bacelor yang ditawarkan oleh UPM. Syarat masuk terperinci boleh diperoleh dari Buku Panduan Kemasukan ke IPTA sesi 2008/2009 yang dikeluarkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau layari laman web KPTM
    http://www.mohe.gov.my
CARA MEMOHON

Semua permohonan masuk ke program bacelor, diploma dan asasi sains pertanian UPM boleh melalui Unit Pusat Universiti (UPU), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia secara atas talian atau terus kepada pihak universiti iaitu Bahagian Akademik UPM. Jika ada sebarang pertanyaan, sila ajukan ke alamat e-mel: asbull@putra.upm.edu.my. Manakala permohonan masuk ke program master dan Ph.D UPM adalah terus kepada pihak universiti iaitu samada Sekolah Pengajian Siswazah UPM (bukan bidang pengurusan) atau Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan UPM (bidang pengurusan). Sila rujuk Jadual di bawah:


Jenis Permohonan
Saluran Permohonan
Kekerapan/Maklumat Permohonan
Pelajar Sepenuh Masa Program Diploma dan Bacelor di UPM Serdang dan Kampus Bintulu
Diploma dan Ijazah UPU (Unit Pusat Universiti) atau Bahagian Akademik, Unit Pengambilan Pelajar dan Rekod UPM 1 kali setahun.
Master dan Ph.D (selain MBA dan MM) Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah UPM 2 kali setahun.
MBA dan MM Dekan, Sekolah Pengajian Siswazah UPM 3 kali setahun.
Pelajar Separuh Masa/Eksekutif
Program PJJ Unit Kemasukan dan Rekod Pusat Pendidikan Luar UPM 2 kali setahun.
Program Eksekutif Unit Eksekutif FEP Unit Eksekutif FBMK 2 kali setahun.
Program Kerjasama
Program Kerjasama IPTS Kolej IPTS yang berkenaan 2 kali setahun.


Yuran pengajian boleh dirujuk dalam laman ini

YURAN



Untuk mendapat maklumat yang selanjutnya, sila melayari portal UPM.

PORTAL UPM

No comments:

Post a Comment