Sunday, February 22, 2009

Pulau Pinang: "The Pearl of The Orient"

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka.

Negeri ini adalah kedua terkecil di Malaysia. Dari segi bilangan penduduk Pulau Pinang mempunyai penduduk kesembilan terbanyak di Malaysia. Dari segi geografi Pulau Pinang terbahagi kepada dua bahagian iaitu Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Ibu negeri dan bandar terbesar di Pulau Pinang ialah George Town, dibuka pada tahun 1786 oleh Kapten Francis Light. George Town adalah bandaraya kedua terbesar di Malaysia selepas Kuala Lumpur. George Town adalah bandaraya tertua di Malaysia apabila Ratu Elizabeth II menganugerahkan taraf bandaraya pada 1 Januari 1957. Butterworth adalah bandar kedua terbesar di Pulau Pinang. Butterworth hanya dipisahkan oleh Selat Utara dari George Town yang selebar 3km. Kedua-dua buah bandar ini juga terletak berdekatan dengan bandar-bandar satelit seperti Sungai Petani dan Kulim di Kedah, Kepala Batas, Bukit Mertajam, dan Batu Kawan di Seberang Perai serta bandar-bandar di utara negeri Perak. Bandar-bandar ini membentuk kawasan metropolis dengan jumlah penduduk melebihi 2 juta orang, menjadikannya kawasan metropolis kedua terbesar selepas Lembah Klang.

Gurney Drive
Antara daya tarikan di Pulau Pinang ialah Gurney Drive yang terletak in pinggir pantai. Tiap-tiap tahun beratus-ratus orang pelancong dari seluruh pelosok dunia mengunjungi Gurney Drive untuk menikmati makanan yang sedap dan murah selain menikmati pemandangan laut. Terdapat juga kompleks membeli-belah yang besar iaitu Gurney Plaza.



Batu Ferringhi
Batu Ferringhi merupakan antara tarikan pelancong yang terutama di Pulau Pinang. Sebilangan hotel ternama terletak di Batu Ferringhi. Contohnya, Shangri-La, Park Royal dan Golden Sands Resort. Terdapat juga hotel-hotel berkos rendah untuk mereka yang mempunyai bajet yang ketat.

Hotel Bertaraf Antarabangsa di Bandar GeorgeTown

Antara hotel yang ternama di sini adalah hotel E&O (Eastern and Oriental Hotel). Hotel ini dibuka sejak tahun 1885. Hotel ini merupakan hotel yang tertua di Pulau Pinang dan konsep hotel ini adalah ala Barat. Hotel ini merupakan salah satu hotel yang bertaraf antarabangsa dan berkelas tinggi.




Esplanade

Satu lagi tempat yang merupakan tarikan pelancong adalah Esplanade, serupa dengan Gurney Drive tetapi tiada hotel dan tempat makan di sini. Terdapat suatu padang yang besar di mana orang tempatan dan pelancong gunakan untuk makan angin dan berekreasi.




Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam di Pulau Pinang tidaklah sebaik di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam. Pelancong-pelancong dapat bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain menggunakan perkhidmatan teksi, bas dan juga beca (terdapat di Esplanade). Monorel di Pulau Pinang sedang dalam pembinaan.


Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Pulau_Pinang

No comments:

Post a Comment