Thursday, February 12, 2009

Sedap...

Makanan Melayu



1. Sate

Sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa/ buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Selain sate lembu dan ayam yang popular, terdapat beberapa jenis sate lain yang dijual, antaranya:
- Sate arnad
- Sate perut
- Sate pedal
- Sate kerang
- Sate ikan
- Sate ampai-ampai

Sate biasanya turut disertakan nasi dalam bentuk ketupat. Kuah sate disediakan daripada kacang yang ditumbuk lumat dan digaul serta dimasak dengan pelbagai herba. Sate juga dimakan dengan bawang merah dan timun. Sate turut popular di negara-negara Asia Tenggara lain. Di benua Amerika Selatan iaitu di negara Guyana ada juga sate, tetapi saiznya lebih besar.

2. Nasi lemak

Nasi lemak biasanya dihidang sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk yang termasuk tetapi tidak terhad kepada daging, ayam, sotong, udang, limpa, dan hati (lembu).

3. Laksa

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan). Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan.
Terdapat pelbagai jenis laksa seperti
- Laksa Penang (asam Laksa)
- Laksa Johor
- Laksa Kelantan
- Laksa Sarawak
- Laksa Terengganu
- Laksa Ipoh
- Kari Laksa
- Laksam

4. Soto ayam

Soto ayam ialah makanan Melayu tradisional yang dibuat daripada sup ayam pedas dan mihun. Soto ayam juga dihidang dengan telur, ubi goreng dan lain-lain lagi. Kadang-kadang, lontong juga ditambah.




No comments:

Post a Comment