Sunday, February 15, 2009

indian food


Ayam Tandoori
Ayam ini berasal dari India. Ayam ini dimasak dengan pelbagai jenis rempah. Ayam ini mempunyai sedikit rasa pedas. Selalunya, ayam ini diletakkan dengan sedikit pewarna kuning atau merah.


Nasi Briyani
Nasi ini dibuat dengan campuran pelbagai jenis rempah, sayur, daging dan 'yogurt'. Nasi ini dibawa oleh orang India Muslim ke sini. Makanan ini boleh dijumpa di restoran-restoran India.


Putu Piring
Kuih ini dibuat daripada beras. Dalam kuih ini terdapat inti gula melaka. Kuih ini juga mempunyai bau pandan. Putu Piring boleh siap dibuat dalam masa 5 minit sahaja.


Chapati
Chapati merupakan sejenis roti orang India. Roti ini diperbuat daripada tepung, air dan garam. Chapati selalunya dimakan dengan kari sayur-sayuran.

Sumber gambar: flickr.com/photos/kelpy , flickr.com/photos/anjuli_ayer , flickr.com/photos/creazion , flickr.com/photos/yauchan

No comments:

Post a Comment