Wednesday, February 4, 2009

Talentime



Pengenalan


Talentime merupakan sebuah filem yang diarah oleh Yasmin Ahmad. Filem ini telah ditayangkan di pawagam pada 26 Mac 2009. Filem ini memaparkan kisah hubungan cinta dan tema pertandingan bakat di sekolah menengah.

Sinopsis

Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur (Pamela Chong), seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India bernama Mahesh (Mahesh Jugal Kishor). Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah (Adibah Noor).

Begitu juga Hafiz (Mohammad Syafie Naswip), memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu (Azean Irdawaty) yang dirawat di hospital kerana menghidap barah otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.

Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh. Itulah yang mengubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.

Sinopsis diperoleh daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Talentime

Watak dan Perwatakan


Melur (Pamela Chong)
- pelajar Tingkatan 6
- finalis pertandingan Talentime
- mempunyai pelbagai bakat seperti menyanyi, bermain piano dan bersajak


Mahesh (Mahesh Jugal Kishor)
- seorang yang bisu dan pekak
- anak yang patuh pada arahan ibu


Hafiz (Mohammad Syafie Nasyip)
- finalis Talentime
- berbakat dalam nyanyian
- pandai bermain gitar
- amat sayang akan ibunya


Kahoe (Howard Hon Ka Hoe)
- pandai bermain alat muzik tradisional
- pelajar cemerlang


Bhavani (Jaclyn Victor)
- kakak Mahesh
- suka membuli Mahesh
- menyayangi ahli keluargannya

Gambar diperoleh daripada http://yasminthefilmmaker.blogspot.com/2009/01/talentime-babes.html

No comments:

Post a Comment