Monday, March 2, 2009

Kepelbagaian Budaya di Malaysia - Cina

Kaum Cina

Pakaian Tradisional

Samfu merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki Cina manakala cheongsam merupakan pakaian tradisional bagi kaum perempuan. Biasanya, pakaian ini berwarna merah yang melambangkan tuah. Oleh sebab itu, masyarakat Cina amat suka pada warna merah.


Perkahwinan

Sebelum zaman moden, perempuan tidak dibenarkan memilih pasangan untuk berkahwin. Sebaliknya, keluarga pengantin perempuan memilih bakal suaminya. Perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan dan nama baik keluarga, serta keperluan bapa dan suaminya. Berikut merupakan rumusan perkahwinan masyarakat Cina di Malaysia.


Perayaan

Lazimnya, masyarakat Cina menyambut Tahun Baru Cina selama 15 hari. Pada malam Tahun Baru Cina, ahli-ahli keluarga akan berkumpul di meja makan untuk menjamu selera. Upacara ini dilakukan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli-ahli keluarga yang mungkin sudah lama tidak bertemu. Pada hari pertama Tahun Baru Cina, orang tua yang sudah berkahwin akan memberikan angpau kepada kanak-kanak. Buah limau juga diberi semasa melawat saudara-mara sebagai tanda mudah mendapat rezeki. Orang Cina tidak dibenarkan memakai baju berwarna gelap seperti hitam. Masyarakat Cina juga tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat kerana percaya akan ditimpa nasib buruk sepanjang tahun. Selain itu, masyarakat Cina tidak boleh menyapu lantai pada hari pertama kerana mempercayai bahawa tuah akan disapu keluar dari rumah. Pada hari ke-15, iaitu Cap Goh Mei, masyarakat Cina akan menjamu bersama-sama sekali lagi dengan ahli-ahli keluarga. Pada hari ini juga, perempuan muda yang tidak berkekasih akan membaling buah limau mandarin ke dalam sungai supaya mendapat jodoh yang sesuai kelak.

Selain itu, masyarakat Cina juga menyambut pesta tanglung setiap tahun.

No comments:

Post a Comment